Perlindungan Masa Depan
Rancang masa depan anda hari ini — sama ada untuk pendidikan anak-anak atau perjalanan ke luar negara. Insurans pendidikan dan perjalanan kami memberikan ketenangan fikiran dan keselamatan kewangan untuk anda dan keluarga.
Insuran Pendidikan
Insurans pendidikan membantu anda menyimpan secara sistematik untuk masa depan pelajaran anak-anak. Dana ini boleh digunakan untuk yuran pengajian universiti, biaya persekolahan di peringkat rendah dan menengah, atau kursus kemahiran. Jika ibu bapa meninggal dunia atau hilang upaya kekal, premium akan ditanggung sepenuhnya oleh syarikat insurans — dan manfaat pendidikan anak anda tetap dibayar. Mulakan simpanan awal dengan premium serendah RM50/bulan.
- Simpanan untuk yuran pengajian
Biaya persekolahan (swasta/international) - Perlindungan ibu bapa (premium percuma jika meninggal)
- Dana boleh dikeluarkan bila-bila masa
- Pilihan tempoh simpanan fleksibel
Insuran Perjalanan (Travel)
Insurans perjalanan melindungi anda semasa berada di luar negara — sama ada untuk bercuti, urusan perniagaan, atau melawat keluarga. Manfaat termasuk perlindungan perubatan kecemasan (sehingga RM500,000), pembatalan trip tiba-tiba, bagasi hilang atau lewat, dan tangguh penerbangan. Kami juga menawarkan perlindungan untuk aktiviti berisiko tinggi seperti menyelam, sukan air, dan mendaki gunung. Pakej single trip atau annual trip tersedia.
- Kecemasan perubatan luar negara
- Pembatalan trip (sebab sakit, kemalangan)
- Bagasi hilang, lewat, atau rosak
- Tangguh penerbangan (delay)
- Perlindungan COVID-19 (hospital & kuarantin)

