Perlindungan Harta
Harta benda seperti kenderaan dan rumah adalah aset berharga yang memerlukan perlindungan sewajarnya. Kami menawarkan insurans kenderaan dan rumah yang komprehensif — melindungi anda daripada kecurian, kebakaran, kemalangan, dan bencana alam. Dapatkan ketenangan fikiran dengan perlindungan yang lengkap untuk aset kesayangan anda.
Insuran Kenderaan
Takaful/Insurans kenderaan kami melindungi kereta, motosikal, dan kenderaan komersial anda daripada pelbagai risiko seperti kemalangan, kecurian, dan kebakaran. Setiap polisi termasuk perlindungan bencana alam (banjir, tanah runtuh) dan towing percuma 24 jam. Kami juga menawarkan kadar premium yang kompetitif dan proses tuntutan yang mudah. Renewal insurans kenderaan anda bersama kami — cepat, mudah, dan dipercayai.
- Kecurian kenderaan
- Kemalangan jalan raya
- Bencana alam (banjir, tanah runtuh)
- Towing percuma 24 jam
- Perlindungan liabiliti pihak ketiga
Insuran Rumah
Rumah adalah aset terbesar anda. Insurans rumah kami melindungi struktur bangunan dan harta benda di dalamnya daripada kebakaran, kecurian, dan kerosakan akibat bencana alam. Kami juga menawarkan perlindungan liabiliti sekiranya tetamu cedera di harta anda. Dapatkan ketenangan fikiran mengetahui bahawa rumah kesayangan anda dilindungi sepenuhnya.
- Kebakaran dan letupan
- Kecurian harta benda
- Bencana alam (banjir, ribut)
- Kerosakan paip bocor
- Liabiliti pihak ketiga

