Tentang Kami
Latar Belakang Syarikat
AJENSI ABD LATIB merupakan sebuah syarikat persendirian yang telah beroperasi selama lebih 20 tahun dalam mengendalikan urusan insurans takaful dan cukai jalan bagi kenderaan persendirian mahupun syarikat. Dengan pengalaman yang luas dalam industri ini, syarikat sentiasa komited untuk memberikan perkhidmatan yang cekap, mudah dan dipercayai kepada para pelanggan
Selain itu, syarikat kami turut menawarkan pelbagai perlindungan lain seperti insurans takaful kemalangan diri, perjalanan, kesihatan, medical card dan pelbagai lagi. AJENSI ABD LATIB juga akan terus memperhebatkan bidang perkhidmatan dengan memperluaskan rangkaian perkhidmatan serta menambahkan bilangan pelanggan sedia ada demi memastikan kepuasan dan kepercayaan pelanggan sentiasa terpelihara.
Staff Berpengalaman
Pasukan kami terdiri daripada staf berpengalaman dan profesional dalam urusan insurans serta takaful.
Kemudahan Atas Talian
Urusan insurans dan pembayaran boleh dilakukan dengan mudah melalui kemudahan atas talian.
Proses Tuntutan Pantas
Tuntutan diproses dengan cepat dan teratur untuk kemudahan pelanggan.
VISI
Visi Syarikat
Visi AJENSI ABD LATIB adalah untuk menjadi sebuah agensi insurans dan takaful pilihan utama pelanggan dengan menyediakan perkhidmatan yang berkualiti, pantas, profesional dan dipercayai. Syarikat sentiasa komited dalam memastikan setiap urusan berkaitan insurans, takaful, pembaharuan cukai jalan dan tuntutan diurus dengan cekap serta menepati masa demi memberikan keyakinan dan kepuasan kepada pelanggan.
Selain itu, syarikat juga beraspirasi untuk menjadi sebuah syarikat bumiputera yang berdaya saing, progresif dan dikenali kerana kecemerlangan dalam mutu perkhidmatan yang ditawarkan. Melalui hubungan yang baik dengan pelanggan serta penambahbaikan berterusan dalam sistem perkhidmatan, syarikat berusaha untuk terus berkembang dan memperluaskan jaringan pelanggan di seluruh negara
MISI
Misi Syarikat
Misi AJENSI ABD LATIB adalah untuk menyediakan perkhidmatan insurans dan takaful yang mudah, cekap dan memenuhi keperluan pelanggan secara menyeluruh. Dengan pengalaman lebih 20 tahun dalam industri, syarikat komited untuk membantu pelanggan mendapatkan perlindungan yang sesuai melalui khidmat nasihat yang profesional, mesra dan telus.
Bagi memastikan mutu perkhidmatan sentiasa berada pada tahap terbaik, syarikat didukung oleh tenaga kerja yang berpengalaman, berdedikasi dan berkemahiran dalam bidang yang diceburi. Syarikat juga sentiasa menitikberatkan kepuasan pelanggan melalui komunikasi yang baik, proses kerja yang pantas, kemudahan atas talian serta pengurusan tuntutan yang lebih efisien dan teratur.

